Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan
Pasir Mas yang dibangunkan sejak dari tahun 2006 masih menjadi nadi
untuk menyalurkan maklumat berkaitan pejabat ini. Pada hemat saya, di
era zaman teknologi maklumat ini Laman Web adalah merupakan medium utama
untuk orang ramai mendapatkan maklumat dengan cepat dan terkini.
Oleh itu memang bertepatanlah dengan kewujudan laman web ini sedikit sebanyak telah membantu memudahkan orang ramai untuk mencari maklumat khususnya yang berkaitan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Di samping itu ia telah membantu pekerja sektor awam di sini dalam mempertingkatkan prestasi kualiti pejabat.

Adalah menjadi harapan saya, agar Laman
Web ini sentiasa menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan
kepada semua pihak. Di samping itu juga saya akan cuba memastikan bahawa
segala maklumat di Laman Web ini adalah terkini dan boleh diguna pakai.
Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang
terlibat dalam memastikan Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas
ini sentiasa memberi maklumat yang terkini kepada semua pengguna.
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan ganjaran dan keberkatan
kepada usaha murni ini.
Sekian, wassalam.
YABrs. MOHAMED NOR BIN HUSIN
Ketua Jajahan Pasir Mas
Ketua Jajahan Pasir Mas

No comments:
Post a Comment