Masjid
Bandar pasir mas adalah masjid kepala jajahan yang terletak di dalam jajahan
pasir mas. Masjid ini telah dibina pada tahun 1937 masihi dengan inisiatif dan
prihatin penduduk setempat tentang pentingnya diwujudkan sebuah masjid bagi
kegunaaan umat islam di kawasan sekitar khususnya dan untuk umat islam yang
bermusafir yang ingin berhenti rehat dan menunaikan kewajipan kepada Allah
amnya. Walaubagaimanapun pembinaannya terhenti akibat tercetusnya perang dunia
kedua. Selepas tamat perang dunia kedua, pembinaan masjid ini diteruskan dengan
usaha gotong- royong masyarakat setempat. Akhirnya masjid ini siap di bina dan
digunakan dalam tahun 1952 dengan kos lebih kurang RM31 ribu.
Masjid
Bandar pasir mas telah bebepapa kali mengalami pertambahan dan pengubahsuaian
dan yang terakhirnya pada tahun 1984. Masjid Bandar pasir mas kini berada di
bawah pengawasan dari sudut pentadbiran dan pengurusannya oleh Majlis Agama
Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Namun begitu pihak MAIK telah
mengamanahkan kepada ahli jawatankuasa kemajuan masjid kepala jajahan yang
dipengerusikan oleh Yang Amat Berusaha Ketua Jajahan bagi menguruskan masjid
dari sudut pentadbiran dan pengurusan agar masjid berfungsi dengan baik
sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak MAIK berdasarkan syariat islam.
Struktur
bangunan Masjid Bandar pasir mas yang mempunyai ruangan yang luas telah
dimanfaatkan dengan menyediakan sebuah mini perpustakaan (Khutub Khanah) untuk
kemudahan ahli jemaah dan juga para pelajar sekolah di sekitar masjid bagi
mengisi masa lapang di samping duduk beriktikaf di masjid untuk menambah ilmu
pengetahuan. Pelbagai bahan bacaan ilmiah dan kitab- kitab rujukan yang
terdapat perpustakaan tersebut. Di samping itu juga, sebuah pejabat imam telah
dibina untuk memudahkan pengurusan dengan ahli jemaah dan anak mukim dan setiap
hal yang berkaitan dengan hal ehwal masjid serta lain – lain perkara.
Bagi
setiap program yang melibatkan pegurusan makanan, pihak masjid telah membina
satu tempat khusus bagi penyediaan makanan. Contohnya program ihya ramadhan
seperti majlis berbuka puasa akan diadakan di tempat tersebut.
Pada
awal tahun 2005, satu mesyuarat jawatankuasa kemajuan masjid telah diadakan untuk membincangkan
masalah- masalah yang perlu di atasi di Masjid Bandar pasir mas. Di antara
perkara yang telah dibincangkan ialah tentang kebocoran bumbung masjid yang sekian
lama berlarutan. Bahagian bumbung yang terbuka luas menyebabkan kekotoran di
tempat sembahyang seperti najis- najis burung,kelawar dan lain- lain. Selain
itu juga mesyuarat membincangkan juga tentang penurapan tar di dalam kawasan
masjid. Jesteru, mesyuarat telah mengambil keputusan untuk menyelesaikan
masalah tersebut dengan melancarkan kutipan derma melalui kebenaran daripada
Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Pada 10
jun 2005 bersamaan 3 jamadil awwal 1426 hijrah, DYMM sultan Kelantan sultan ismail
petra ibni almarhum sultan yahya petra dan yang teramat mulia tengku mahkota
Kelantan, tengku Muhammad faris petra ibni sultan ismail petra telah berangkat
mencemar duli ke Masjid Bandar pasir mas untuk bersolat jumaat bersama dengan
rakyat jelata. Dengan keberangkatan DYMM
Tuanku, Masjid Bandar pasir mas telah berubah wajah yang mana telah diberikan
peruntukan untuk mengecat kembali bangunan dan telah diturap dua per tiga
bahagian awasan masjid dengan tar.
Ahli
jawatankuasa pengurusan Masjid Bandar pasir mas telah sama- sama berusaha
sekali lagi untuk mengatasi masalah kebocoran masjid bulan disember 2005.
Permohonan yang telah di buat kepada jabatan pembangunan persekutuan (JPP)
Kelantan dengan membentangkan kertas kerja dan pelan- pelan cadangan yang telag
dibuatoleh ahli jawatankuasa masjid. Alhamdulillah dengan berkat usaha daripada
semua pihak, akhirnya Masjid Bandar pasir mas telah mendapat perhatian daripada
timbalan perdana menteri Dato’ seri najib tun razak yang telah datang bersolat
di masjid ini.
Timbalan
perdana menteri telah meluluskan peruntukan segera kepada Masjid Bandar pasir
mas sebanyak RM530 ribu bagi mengatasi kebocoran dan lain- lain.
Pembaikan
dan pengubahsuaian telah dimulakan pada bulan april 2006 dan Alhamdulillah
selesai sepenuhnya pada bulan disember 2006. Kini Masjid Bandar pasir mas
sekali lagi berubah wajahdari sudut prasarana fizikalnya. Bagi merialisasikan
matlamat MAIK untuk menjadikan masjid bukan
sebagai tempat ibadat sahaja, tetapi beberapa program telah dirancang
untuk menghidupkan fungsi masjid dari sudut pandangan masyarakat khususnya.
Semoga masyarakat islam pada hari ini mengetahui betapa pentingnya masjid untuk
memainkan peranan seruan institusi mengembangkan modal insan yang berkualiti.
No comments:
Post a Comment